SYARIKAT

PhytoScience Sdn Bhd adalah syarikat berkonsepkan kesihatan & kesejahteraan sejagat; terus ke hadapan dalam penghasilan produk. Kami bersungguh dalam membantu setiap individu meningkatkan kualiti kesihatan mereka, baik dari aspek fizikal atau kemantapan kewangan. Ditubuhkan pada tahun 2012 dengan hanya berbekalkan impian dan usaha gigih, PhytoScience yang berpusat di Kuala Lumpur, kini merupakan syarikat bernilai jutaan dolar.

Ia bermula di atas platform e-dagang yang berteknologi maju serta bersepadu, dan mempunyai wawasan untuk menembusi pasaran global. Dalam waktu yang singkat iaitu 18 bulan selepas penubuhannya, jualan bulanan PhytoScience telah melonjak hingga RM40 juta, menjadikannya salah satu syarikat MLM TERHEBAT di Malaysia.

Di PhytoScience, kami adalah Pemula Trend. Kami berkonsepkan Perniagaan Yang Mentransformasikan Kehidupan!


Melakukan transformasi adalah satu janji yang sukar untuk dilaksanakan, namun kami melakukannya dengan penuh keyakinan. Kami percaya kesihatan serta kesejahteraan alami berupaya untuk mengubah kehidupan; dan menerusi produk-produk yang terkini, warga kerja, serta peluang perniagaan yang disediakan, kami berusaha setiap hari untuk menjadikannya satu realiti.
PhytoScience menyampaikan transformasi yang menakjubkan melalui sistem-P yang terbahagi kepada empat elemen.
Produk. Produk canggih yang telah memenangi anugerah, serta terbukti secara saintifik dan dikaji secara klinikal, juga telah disokong oleh Mibelle Biochemistry Switzerland (ketahui lebih lanjut tentang Mibelle Biochemistry and PhytoCellTec™ di sini). Formula unik serta eksklusif kami membawa kepada pembaharuan, dan keberkesanannya telah terbukti.
›› Ketahui lebih lanjut mengenai produk Nutrisi & Penjagaan Kulit kami di sini.

Pelan. PhytoScience memberikan ganjaran kepada para pengedar dengan pelan ganjaran kewangan yang seimbang serta paling menguntungkan dalam industri ini. Pelan ganjaran kewangan ini didatangkan bersama pelbagai insentif sepanjang tahun bagi membolehkan pengedar kami yang dihargai menikmati kehidupan yang diimpikan.
›› Ketahui lebih lanjut mengenai Peluang Perniagaan

Platform. PhytoScience tidak hanya tertakluk kepada rangkaian strategi pemasaran konvensional. Kami mengguna pakai dan menyepadukan teknologi maklumat terkini dengan platform dalam talian yang canggih serta disukai oleh para pengedar.

Pelanggan. Tulang belakang bagi pemasaran rangkaian adalah pelanggan - "Urus Niaga Pelanggan”. Ia demi memenuhi keperluan, impian dan aspirasi pelanggan. PhytoScience amat menekankan kepentingan pengedar, pembeli, rakan kongsi serta warga kerja. Syarikat ini berpegang kepada prinsip dan falsafah "Kejayaan anda adalah Kejayaan kami" serta berkongsi kebahagiaan emosi yang tidak dapat ditandingi oleh syarikat rangkaian lain. Budaya PhytoScience tertumpu kepada nilai teras dan semangat setia kawan Pengasas kami dalam menjalinkan hubungan sehingga peringkat hati ke hati dengan pelanggan kami. Harapan syarikat semoga para pengedar kami dari seluruh dunia, pembeli, rakan kongsi serta warga kerja memperoleh pengalaman berharga dalam perhubungan yang berlandaskan hormat menghormati, mengambil berat, saling mempercayai, dan menyayangi.

Visi Kami

  1. Menjadi syarikat kesihatan & kesejahteraan terulung di dunia yang mampu meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat
  2. Menjadi syarikat MLM No.1 di Malaysia pada tahun 2015
  3. Pengukuhan keahlian seramai 1 million pada tahun 2015
  4. Menjadi syarikat MLM No.1 di dunia pada tahun 2015

Misi Kami

Untuk memperkasakan kehidupan dan kesejahteraan ahli, rakan kongsi, pembeli serta warga kerja dengan penghasilan produk berkualiti tinggi, terbukti secara saintifik dan dikaji secara klinikal, inovatif serta menyediakan peluang perniagaan yang terbaik.

Janji Kami

  1. Sentiasa bersungguh dalam menjaga kualiti produk
  2. Pembaharuan berterusan dan menyediakan peluang terbaik
  3. Sentiasa menyediakan produk dan perkhidmatan bernilai tinggi
  4. Komited untuk menyediakan persekitaran yang sejahtera, menyenangkan dan menggalakkan buat ahli, rakan kongsi, pembeli serta warga kerja kami



KEPIMPINAN SYARIKAT


Dalam usaha memimpin dan menyiapkan hala tuju PhytoScience, pasukan eksekutif kami terdiri daripada individu-individu berpengalaman yang komited terhadap misi syarikat untuk memperkasakan kehidupan dan kesejahteraan ahli, rakan kongsi, pembeli serta warga kerja dengan penghasilan produk berkualiti tinggi, terbukti secara saintifik dan dikaji secara klinikal, inovatif serta menyediakan peluang perniagaan yang terbaik.


DATO' SRI LAI TECK PENG (S.S.A.P) Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif

Dato' Sri Lai Teck Peng mengasaskan PhytoScience dengan tekad mahu membantu individu lain dan kerana minatnya yang mendalam terhadap dunia perniagaan. Dato' Sri Lai kini berkhidmat sebagai Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Phytoscience, juga bertanggung jawab mengatur visi serta strategi syarikat.

Dato' Sri Lai mempunyai lebih 26 tahun pengalaman luas dalam bidang pemasaran rangkaian dengan rekod prestasi yang membanggakan sebagai usahawan pemasaran rangkaian yang berjaya. Di samping itu, beliau juga berkemahiran tinggi dalam memimpin dan menguruskan operasi perniagaan yang berorientasikan pengguna sejagat.

Beliau juga dikenali kerana kemampuan dan kejayaannya dalam membina sistem korporat yang efektif, serta melaksanakan strategi perniagaan penting bagi pelbagai syarikat Multi Level Marketing (MLM). Beliau berbakat dalam pembangunan produk, perolehan, pengurusan sistem maklumat, kewangan, dan juga jualan serta pemasaran. Pada 26 November 2013, Dato' Sri Lai telah dikurniakan dengan gelaran Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang SSAP (Kehormat) oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang yang membawa kepada gelaran "Dato' Sri".


DATO' DR. AHMAD ZAKI B. ISMAIL Penasihat

Sebelum menyertai PhytoScience, Dato' Dr. Ahmad Zaki berkhidmat sebagai penasihat kepada Pusat Aduan Pengguna Kebangsaan dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Beliau berpengalaman luas dalam bidang logistik, pengkomputeran korporat, penubuhan perniagaan baru, menjadi orang perantaraan Kementerian Kesihatan Malaysia serta memberi khidmat nasihat berhubung piawaian makanan dan minuman bagi penganut Islam untuk pelbagai syarikat MLM. 



EN. ISMAIL ZAKARIA Pengarah Bukan Eksekutif

En. Ismail Zakaria berpengalaman lebih 15 tahun membantu pelbagai syarikat MLM di Indonesia dan Thailand dalam mengatur strategi pengukuhan syarikat, menembusi pasaran baru serta pelaksanaan pengambilalihan dan perkongsian. Beliau telah membantu pelbagai syarikat dalam meningkatkan prestasi perniagaan mereka melalui pemantapan keupayaan organisasi bagi mencapai kecemerlangan dalam strategi perniagaan.



DATIN SRI' ELA TAN Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Kewangan


Datin Sri Ela Tan mempunyai pengalaman luas selama dua dekad dalam bidang pengurusan, perakaunan, audit, kewangan, pembangunan perniagaan, perolehan, kawalan inventori dan juga kemahiran kepimpinan dalam industri MLM. Sebelum menjadi pengasas bersama PhytoScience, beliau terlibat dalam pengauditan, belanjawan dan pengurusan bagi pelbagai syarikat MLM.

Dalam kepelbagaian tugas ini, Datin Sri’ Ela Tan bekerja rapat dengan Ketua Pegawai Eksekutif PhytoScience untuk memantau kewangan serta operasi syarikat. Beliau bertanggungjawab secara langsung terhadap bidang kewangan serta perakaunan, operasi, sumber manusia, aspek pengurusan teknologi maklumat dan jabatan antarabangsa.


MR. NG KIAN NAM Penasihat Perundangan

Encik Ng bertanggungjawab dalam semua hal ehwal perundangan di PhytoScience. Beliau berkelulusan Ijazah LLB (Kepujian) dari Universiti Malaya (2004). Beliau memulakan kerjayanya sebagai penyelidik kanan di Institut Analisis Strategik Dan Penyelidikan Dasar (INSAP) dari tahun 2004 - 2006, Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dari tahun 2006 - 2008, menyertai Tetuan Gan & Zul, Tetuan Tan, Chua & Lawrence dan kemudian pada tahun 2012 beliau menubuhkan firma guamannya sendiri – Firma Guaman Ng Kian Nam di Seremban.

No comments:

Post a Comment